Sedut hingus bayi selalu menjadi kebiasaan ibu bapa bagi merawat hidung anak tersumbat. Namun, adakah ia satu kaedah yang betul dan selamat?
Jika anda selalu berbuat demikian, sebaiknya anda diminta mengubah kebiasaan itu kerana Dr. Arifianto menjelaskan, sedut hingus bayi ketika tersumbat boleh membahayakan kesihatan anak dan ibu bapanya!
Mari kita ikuti penjelasan lengkap mengapa sedut hidung bayi dikatakan berbahaya.
Berhenti sedut hidung bayi tersumbat menggunakan mulut!
Menurut Dr. Arifianto, belum ada kanak-kanak yang meninggal akibat hidung tersumbat tapi jika anak tersebut ada masalah paru-paru, ia boleh mengakibatkan kesempitan pernafasan sekaligus menjadi punca kematian.
Sebagai ibu bapa, kita memang tidak dapat lari dengan perasaan panik dan risau jika melihat anak sukar bernafas kerana hidungnya tersumbat, tetapi sedut hingus bayi bukanlah penyelesaian yang tepat.
Beliau menjelaskan, apabila hidung anak tersumbat, itu bermaksud hidung anak sedang dipenuhi banyak kuman. Jadi, sekiranya anda sedut hingus anak, maka kuman yang ada dalam mulut anda akan berjangkit pada mereka.
Selain itu, anda juga berisiko untuk mendapat kuman yang ditularkan oleh hingus anak.
Secara tak langsung, anda yang sihat akan terikut sakit gara-gara menggunakan kaedah yang salah itu. Begitulah juga dengan anak tersebut yang bertambah sakit kerana jangkitan mulut dari orang tuanya.